Apakah cabaran anda bila cuti sekolah tiba?
Adakah anda tahu anak-anak anda banyak terdedah dengan perkara tak baik ketika cuti sekolah? Kartun dan rancangan TV yang tak memberi manfaat boleh berikan pengaruh negatif kepada mereka.
Anda dedahkan anak-anak anda dengan kartun, anda tak risau anak-anak anda akan jadi 'kartun' bila besar nanti?
Kami sedar isu-isu ini. Kami tahu ramai ibu bapa yang nak berikan sesuatu lebih baik untuk anak-anak tapi tak ada masa nak rancang dan nak cari apa yang terbaik.
Untuk itu, kami tawarkan satu jalan alternatif untuk bantu ibu bapa menghantar anak-anak anda ke satu persekitaran yang berbeza, supaya mereka dapat luangkan masa bukan setakat untuk membaca Al-Quran dan menghafaz Surah-Surah tetapi juga peluang untuk mereka membina adab seorang remaja, adab sebagai anak, adab sebagai pelajar dan adab sebagai umat Islam.
Anda mungkin dah rancang berbagai aktiviti untuk isi masa lapang anak-anak anda. Tapi kalau setakat isi masa lapang, tengok kartun je pun dah cukup nak isi masa lapang. Kalau setakat nak daftar mereka sertai mana-mana kem cuti sekolah, kat masjid-masjid pun ada buat kem cuti sekolah, malahan ada yang percuma!
No comments: