Peringatan Mesra Mengemukakan Penyata dan Membayar Cukai
Peringatan Mesra Mengemukakan Penyata dan Membayar Cukai
Peringatan Pertama
Nama Syarikat / Perniagaan : MOHD FADZIL BIN ARIPIN
Nombor GST : 001108025344
Tempoh Bercukai Berakhir Pada : 31 Disember 2017
YBhg Dato’/Tuan/Puan,
Semakan mendapati Y.Bhg Dato’/Tuan/Puan masih belum mengemukakan penyata dan/atau belum membuat bayaran bagi tempoh bercukai yang berakhir pada 31 Disember 2017.
Hasil kajian ke atas rayuan penalti lewat bayar yang diterima oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati bahawa lazimnya, pihak bank mengambil tempoh 3 hari berkerja untuk memproses bayaran cukai GST yang dibuat. Oleh yang demikian, YBhg Dato’/Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk mengemukakan penyata dan bayaran sebelum atau pada 29 Januari 2018 bagi mengelakkan penalti lewat bayar di bawah peruntukan Seksyen 41(8) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (ACBP) 2014.
Kegagalan Y.Bhg Dato’/Tuan/Puan mengemukakan penyata dan membayar cukai juga boleh menyebabkan Y.Bhg Dato’/Tuan/Puan dikenakan tindakan undang-undang termasuk sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Cawangan Pendaftaran dan Pengurusan Hasil,
Bahagian GST,
Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sila abaikan emel ini jika penyata telah dikemukakan dan pembayaran telah dilakukan.
*Emel ini dijana secara automatik. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Panggilan Kastam di talian 1-300-888-500.
No comments: